nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

PINTU MASUK BERASINGAN DI STADIUM BUKIT JALIL

PIHAK berkuasa telah membuat pengasingan pintu masuk kepada penyokong Malaysia dan Indonesia yang akan menyaksikan perlawanan akhir piala Suzuki AFF malam esok.

Pintu masuk untuk penyokong Indonesia berwarna biru dan ungu manakala selebihnya untuk penyokong negara. Ehem...dengan pengasingan ini bukan sahaja kemasukan dapat disusun secara baik, tetapi penapisan untuk pendatang tanpa izin juga boleh dilakukan dengan lebih mudah!

Bukan senang mendapat peluang keemasan begini. Sambil berhibur menonton perlawanan bola sepak, negara juga boleh menangguk warga asing yang berada di negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah.

Ayuh, penyokong Indonesia. Sila masuk, tapi awas jika anda tidak memiliki dokumen sah, tanggung sendiri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10