nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

SUSULAN DIPUKUL POLIS: MANGSA KAWAD CAM HARI INI, BERJAYA KENALPASTI 4 DARIPADA 11 POLIS MEMUKULNYA

AHLI perniagaan yang dipukul 11 anggota polis selepas dia ditahan dalam sekatan jalan raya 18 Disember lalu, di  Sunway, berjaya mengecam 4 daripada anggota polis yang didakwanya terbabit memukul beliau sehingga cedera di beberapa bahagian muka dan badan.

Chia Buang Hing, 34, mengenalpasti polis terbabit dalam satu perbarisan kira-kira 30 anggota polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula jam 11 pagi tadi.

Dia yang ditemani peguamnya dalam proses kawad cam itu bagaimana dapat mengecam seorang lagi polis, tetapi dakwanya polis itu hanya berada memerhatikan kejadian tetapi tidak memukulnya.

Kira-kira jam 11 malam 18 Disember lalu, Chia mendakwa ditahan pada satu sekatan jalan raya kerana memandu kenderaan tanpa cukai jalan yang sah.

Dia dipukul dan mendakwa wang sebanyak RM13,000 miliknya juga diambil oleh kesemua anggota polis terbabit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mohd Adnan Abdullah dipetik berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

Katanya, dalam kes ini tiada sesiapa kebal di segi undang-undang dan jika dakwaan itu benar mereka terbabit akan didakwa ke muka pengadilan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10