nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

MERIAHNYA BOLA SEPAK MALAYSIA: PEMANDU TEKSI TAK TAHU ADANYA PERLAWANAN BOLA SEPAK MALAM ESOK

Ketika perlawanan akhir piala Suzuki AFF hanya beberapa jam sahaja lagi akan berlangsung, masih ada pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang tidak mengetahui langsung tentang 'wujudnya' benda alah itu!

Pengalaman itu ditulis sendiri oleh wartawan Kompas.Com sebaik sahaja dia tiba dari Indonesia ke lapangan terbang berkenaan hari ini.

Menurut wartawan berkenaan, pemandu teksi itu seperti rusa masuk kampung apabila ditanyakan tentang perlawanan bola sepak yang bakal berlangsung malam esok.

Siapa lawan siapa? Petang nanti ke? Demikian soal semula pemandu teksi warga Malaysia yang membawa wartawan Kompas.Com.

Aduh...sengal sangat. Sangat-sangat sengal. Kalau zaman perang telah lama kena tembak dek musuh. Menurut catatan wartawan Indonesia itu lagi, dia juga tidak terpandang langsung sebarang poster atau sepanduk sepanjang perjalanannya ke ibu kota, menceritakan tentang perlawanan itu.

Nampaklah sangat....

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10