nuffnang ads

Monday, December 27, 2010

PENGERUSI UMNO BARU DI 3 NEGERI: PENOREH GETAH DAN PENANAM NANAS KATA PERGILAH JALAN!

BEBERAPA penoreh getah, penanam nanas dan nelayan yang ditemui membuat keputusan untuk tidak mahu ambil peduli tentang tindakan Umno melantik 3 pengerusi baru Umno di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Sambil senada berkata: "Pergi jalanlah!" semua yang ditemui hanya meludah ke kiri dan kanan dengan bunyi: "Ptuuuiiiiii!" sambil masing-masing mengelap peluh yang tidak kering-kering selepas seharian mencari sesuap nasi.

Umno dilaporkan melantik Datuk Ahmad Said sebagai pengerusi Umno Terengganu menggantikan Hishamudin Hussein, Ahmad Bashah Hanipah sebagai pengerusi Umno Kedah menggantikan Shafie Afdal dan Zainal Abidin Osman menggantikan Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika ditanya lagi tidakkah tindakan ini akan menguntungkan Melayu dan boleh membantu Melayu mencapai 30 peratus ekuiti ekonomi dalam negara, penoreh, penanam nanas dan nelayan itu pun ketawa berdekah-dekah menekan perut masing-masing.

"Pergi jalanlah! Kita orang pun Melayu. Sejak zaman Jepun keturunan kita macam ini, siapa ada tolong?" sebelum terdengar seorang di antara mereka berkahak dengan bunyi: "Kweeeeeekkk...ptuuiiiiii!"

Mereka pun ditinggalkan selepas saya faham apa yang bersarang di hati mereka.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10