DUA anggota polis berpangkat konstabel yang didakwa memukul seorang ahli perniagaan, dibebaskan hari ini selepas mahkamah menolak permohonan menahan reman selama tujuh hari ke atas mereka.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes seorang ahli perniagaan, Chiang Buang Hing, 34, yang sebelum ini mendakwa dipukul dan dicuri duitnya sebanyak RM13,000 ketika ditahan pada satu sekatan jalann raya 18 Disember lalu.