nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

ANGGOTA RELA RENTUNG DALAM RUMAH TERBAKAR

Rentung...rumah ahli Rela musnah, dan dia ditemui rentung-SUD

SEORANG anggota Rela ditemui rentung dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Abang, Padawan, Sarawak kira-kira jam 11 malam semalam.

Mayat Lai Kui Sen, 41, ditemui pasukan penyelamat ketika dimaklumkan tentang kebakaran membabitkan rumah mangsa. Kui Sen dikatakan tidak bersendirian, selepas semua ahli keluarga, termasuk isteri dan anak lelaki meninggalkannya.

Menurut jiran terdekat, mangsa seorang yang panas baran dan cepat bertindak ganas apabila mabuk. Mungkin kerenahnya itu menyebabkan semua ahli keluarganya, termasuk isteri dan anak lelaki tidak lagi mahu tinggal serumah.

Adik-beradik dan ibunya yang pernah tinggal serumah dengan mangsa juga dikatakan telah berpindah sejak setahun lalu kerana tidak tertahan dengan sikap ganasnya, setiap kali mabuk.

Jurucakap bomba dan penyelamat pula mengesyaki kebakaran itu berpunca daripada lampu gasolin atau pelita yang digunakan mangsa. Ada kemungkinan mangsa terlanggar lampu berkenaan menyebabkan minyak tertumpah dan terus membakar rumah berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan rapi sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. (SUD)

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10