nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

PENCABUL DITANGKAP KETIKA SEDANG RAKAM ALAT SULIT BUDAK 8 TAHUN

Pencabul budak ditahan-SUD

SEORANG pencabul yang bertindak bagai musang memasang perangkap, akhirnya menerima padah pagi ini apabila dia tertangkap ketika meraba alat sulit seorang budak perempuan 8 tahun dan cuba merakamnya.

Kejadian berlaku di sebuah medan selera di Sibu, kira-kira jam 11 pagi tadi apabila perbuatannya sedang mencabul kehormatan mangsa dilihat oleh seorang saksi.

Suspek bukan sahaja ditangkap, malah sempat menerima hadiah berupa tumbukan padu ke mukanya oleh ayah mangsa yang juga peniaga di situ.

Difahamkan, suspek adalah pelanggan tetap medan selera berkenaan namun sejak kebelakangan ini dia dilihat sering membawa pemain DVD dan komputer bimbit apabila makan di situ. Dia turut membenarkan anak-anak peniaga di situ melihat atau bermain dengan peralatan dibawanya.

Jam 11 pagi tadi suspek dilihat duduk di satu sudut medan selera dan mangsa dilihat leka bermain dengan peralatan dibawa suspek. Bagaimanapun, budak itu kemudian duduk di atas pangkuannya dan ketika itulah seorang saksi terlihat suspek meraba kemaluan kanak-kanak itu dan merakam gambar kemaluannya.

Menyedari ada yang tidak kena, saksi segera memberitahu bapa mangsa yang kemudian bergegas memanggil anaknya sambil melepaskan tumbukan ke muka suspek.

Suspek kemudian ditahan penguatkuasa majlis bandaraya Sibu dan diserahkan kepada polis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10