nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

UNTUK DAPATKAN INTAN PERLUKAN KERJA MELOMBONG. KALAU MAHU LESEN PELOMBONGAN KENA MELABUR!

DULU pernah dicerita dan dibangkitkan oleh pemimpin politik setempat. Kisahnya tentang pelajar/siswi yang terpaksa menggadai tanah subur untuk dijadikan estet oleh pelabur dalam apa yang dipanggil projek menang-menang, demi mencapai impian masa depan!

Siempunya tanah tidak mempunyai modal. Namun dia juga mempunyai impian melakukan transformasi untuk keluar dari kepompong kemiskinan hidup, meraih jaya demi mengubah kemiskinan yang membelenggu keturunan keluarganya.

Namun bukan mudah untuk mencapai impian. Tanah sesubur mana pun jika tidak mempunyai modal, bagaimana mahu ditukarkan menjadi estet yang memberi hasil dan pulangan lumayan?

Maka dengan cara memeterai persefahaman kerjasama dengan pelabur, biar pun telah lanjut usianya terpaksa dilakukan.

Simpati kepada kamu Diyana! Syukur Tuhan menunjukkan juga jalan pulang. Sesungguhnya kesengsaraan hidup sering kali menjerumuskan manusia ke jurang yang dalam walaupun dalam hatinya tidak ada langsung sekelumit niat untuk jadi begitu. Semoga apa yang berlaku, dijadikan sempadan dan selamat berjaya!

Sayunya hati apabila ada pemimpin bangsa yang gagal menyelami penderitaan anak bangsanya!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10