ANWAR Ibrahim dicabar. Mana dia bukti? Nazri Aziz mencabar penasihat PKR itu mengemukakan bukti tentang hubungan Apco dan Israel.
Kata Nazri, Anwar yang dia kenal kalau ada bukti akan segera tunjukkan bukti. Kalau tiada, kata Nazri lagi Anwar akan guna pelbagai alasan untuk melengah-lengahkannya.
Itu tidak penting. Sejarah kadang-kala boleh ditukar orang untuk kepentingan sendiri. Paling penting kini Anwar kena berani dan segera. Segeralah tunjukkan bukti.
Lagi cepat, lagi baik. Senang semua buka cerita dan senang kita tutup buku!