PELAKON Ijoy Azahari, 36, dilaporkan mendapat rawatan di Hospital Gleneagles di Ampang, Kuala Lumpur selepas terkena demam denggi sejak Ahad lalu.
Suami artis Sharifah Shahirah itu dilaporkan MStar dijangka keluar dari wad hari ini, menyebabkan beberapa penggambaran drama membabitkan dirinya terpaksa ditangguhkan.