Pembantu rumah Indonesia ditahan reman tujuh hari bagi bantu siasatan kes bunuh warga emas.. |
MUNGKIN kerana tidak tertahan dengan leteran wanita tua berusia 60 tahun itu, menyebabkan seorang pembantu rumah naik angin. Apatah lagi wanita warga emas bekas jururawat pergigian dan mengidap Parkinson itu asyik membebel fasal hubungan pembantu rumah itu dengan suaminya yang telah lanjut usia.
Akhirnya terjadilah sesuatu di luar kewarasan. Siasatan awal polis tidak menolak motif pembunuhan Yeap Seok Pen, gara-gara cemburu sehingga mencetuskan pertengkaran yang kemudian berakhir dengan pembunuhan. Pembantu rumah itu dikatakan ada hubungan baik punya dengan suami mangsa. Namun polis masih menyiasat dan pembantu rumah itu ditahan reman selama tujuh hari sejak semalam.
Hubungan sulit selalu berakhir dengan rumit. Perbuatan curang selalu berakhir dengan malang!