Dr Lim Tow Kiat...dikatakan pegawai perubatan yang berhemah dan berbudi tinggi yang selalu membantu mereka yang dalam kesusahan. |
DR LIM TOW KIAT disifatkan oleh penduduk di sekitar Tawau sebagai seorang pakar perubatan yang berhemah. Dia mempunyai sebuah klinik dan dikatakan sering membantu penduduk atau pesakit yang dalam kesusahan.
Namun dia ditemui mati di rumahnya semalam, dipercayai menjadi mangsa bunuh dalam keadaan tubuhnya terikat di rumahnya di Taman Bunga Tulip.
Beberapa rakannya termasuk daripada Singapura amat terkejut dengan cara kematian Dr Lim kerana menyifatkan mendiang tidak mungkin mempunyai musuh kerana mempunyai latar belakang sebagai seorang pengamal perubatan yang berbudi bahasa dan berhemah tinggi.