nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

OKLAHOMA: WANITA SEPARUH BOGEL MEMASUKI PINTU PEMERIKSAAN LAPANGAN TERBANG

Dia tak peduli. Buat muka selamba masuk ke pintu pemeriksaan lapangan terbang
PEGAWAI di lapangan terbang bandaraya Oklahoma, terkejut apabila pagi Selasa lalu, seorang penumpang wanita separuh bogel berkerusi roda memasuki ruang pemeriksaan.

Bimbang kejadian tidak diingini, pegawai lapangan terbang menghubungi polis. Polis kemudian menyoalsiasat wanita terbabit yang dikenali sebagai Tammy Banovac. Selepas tidak mengesyaki apa-apa polis melepaskan wanita itu ke ruang pemeriksaan.

Bagaimanapun, ketika dia diimbas oleh mesin pengimbas, loceng berbunyi menandakan kehadiran bahan larangan tertentu di dalam komputer bimbitnya. Akibatnya Banovac dihalang meneruskan penerbangannya ke Phoenix.

Bagaimanapun, semalam dia datang semula dalam keadaan separuh bogel dan memasuki semula ruang pemeriksaan. Selepas diimbas, petugas lapangan terbang tidak mendapati sebarang halangan untuk membenarkan dia meneruskan perjalanan.

Cuma, sebaik sahaja melepasi bahagian mesin pengimbas yang dipasang di ruang pemeriksaan, Banovac dilihat memakai seluar dan baju yang dibawanya bersama di atas kerusi roda!

Orang ramai yang melihat insiden itu percaya, wanita berkenaan memprotes penggunaan mesin pengimbas di pintu masuk kerana dikatakan boleh menyebabkan imej bogel seseorang tersebar di internet.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10