nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

KUALA TERENGGANU: HALIZAN IBRAHIM, WANITA MALAYSIA YANG TERTEKAN SELEPAS BERKAHWIN DI LOMBOK, AKAN PULANG KE MALAYSIA

WANITA negara ini, Halizan Ibrahim, 38, yang ditinggalkan lelaki Lombok di Indonesia dalam keadaan daif dan menyedihkan, dijangka pulang bersama anak yang baru dilahirkannya, tidak lama lagi.

Khabar itu dimaklumkan kakak wanita itu, Hartini, selepas dia dapat menghubungi Halizan yang kini berlindung di Rumah Kebajikan Bude Rini, selepas dipercayai mengalami tekanan jiwa kerana kecewa dengan kehidupan susah di Lombok, terutama selepas ditinggalkan kekasihnya, Asitah.

Asitah yang kini dikatakan datang ke Malaysia kerana bekerja tidak lagi mempedulikan Halizan menyebabkan wanita itu terlalu sedih dan akhirnya terpaksa ditempatkan di rumah kebajikan selepas diberi rawatan psikiatrik.

Menurut Hartini, sebelum ini Halizan memberitahu keenggannya untuk pulang jika anaknya tidak dibenarkan dibawa sama. Bagaimanapun dalam perbualannya semalam, Halizan memberitahu kerajaan Indonesia telah membenarkan dia dan anaknya bernama Zulfakar yang baru dilahirkan, pulang ke Terengganu tanpa halangan.

Babak sedih kisah wanita negara ini yang terpedaya dengan janji dan  air liur pemuda Lombok bukan rahsia lagi. Setakat ini ada 22 kes serupa dilaporkan berlaku, namun kes yang tidak dilaporkan pula dikatakan mencecah berkali ganda.

Hartini yang mengharap sangat adiknya itu pulang ke kampung mereka di Kampung Nibong, Kuala Terengganu berkata kepulangan Halizan nanti dapat mengubat rindu kepada adik kandung yang meninggalkan keluarga kerana mengikut teman lelaki ke Lombok sebelum ini.

Katanya, mereka sekeluarga sedia berkongsi kesusahan hidup bersama Halizan jika pulang nanti asalkan itu dapat membahagiakan keluarga mereka.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10