nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

NOVEL LASKAR PELANGI AKAN DITERBITKAN SEBAGAI FILEM DI HOLLYWOOD

Laskar Pelangi ke Hollywood

MARTABAT dan daulat dunia filem Indonesia terus diangkat ke peringkat antarabangsa apabila pengarah Hollywood, Danny Boyle amat berminat untuk menjadikan novel Laskar Pelangi hasil karya warga Indonesia, Andrea Hirata sebagai sebuah filem.

Dengan judulnya The Rainbow Troops, filem berbahasa Inggeris itu dikatakan bakal memasuki seluruh pawagam di dunia selepas satu pertemuan berlangsung di antara penulis novel itu dengan ejen Danny Boyle di Amerika Syarikat minggu lalu.

Andrea Hirata yang mengesahkan perkara itu kepada Indonesia, mengakui amat berminat untuk melihat novel itu difilemkan di peringkat antarabangsa kerana ia akan mengangkat kisah lampau pemuda dan pemudi Indonesia dalam sejarah perjuangan mereka.

Kini katanya, kata putus mengenai penerbitan filem itu hanya terletak pada tangan beliau selepas Danny Boyle menerusi ejennya bersungguh-sungguh menyatakan minat. Doyle adalah pengarah filem Slumdog Millionaire yang mendapat perhatian di Hollywood.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10