nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

BEDILAN MERIAM KOREA SELATAN KE KOREA UTARA MINGGU LALU, JADI BAHAN TERTAWA

SELEPAS Korea Utara membedil 170 tembakan ke pulau Yeonpheong, membunuh 4 rakyat Korea Selatan termasuk dua tentera marin dan memusnahkan 29 kediaman, Korea Selatan dilaporkan membuat bedilan balas sebanyak 80 tembakan.

Namun bedilan itu kini hanya menjadi bahan tertawa dunia, apabila 35 daripada tembakan itu termasuk ke dalam laut dan hanya 45 tembakan sahaja yang singgah ke bumi Korea Utara. Namun daripada 45 bedilan meriam yang singgah itu, tiada satu pun mengenai sasaran. Hanya 14 daripada tembakan itu jatuh berhampiran kedudukan artileri Korea Utara.

Pendedahan memalukan ini dibuktikan menerusi imej satelit yang disiarkan semalam, menunjukkan kesemua 80 bedilan balas yang dilakukan tentera Korea Selatan itu umpama tembakan mercun roket menjelang perayaan!

Perunding kanan tentera Korea Selatan, Kim Moo Sung berkata, tiada satu pun kedudukan artileri Korea Utara terjejas akibat serangan balas itu.

Berbanding 170 bedilan artileri yang dilepaskan Korea Utara, 80 daripadanya mengenai sasaran di pulau Yeonpheong sehingga membunuh dua tentera marin dan dua orang awam selain puluhan kediaman musnah.

Kini, semakin jelas bahawa kekuatan Korea Selatan agak terkebelakang berbanding Korea Utara dan jika benar pandangan pakar perisikan bahawa Korea Utara akan menyerang lagi Korea Selatan pada bila-bila masa, sudah tentu ia umpama permainan perang yang berat sebelah!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10