nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

IPOH: REMAJA 17 TAHUN DITEMBAK MATI

SEORANG remaja lelaki 17 tahun mati ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal di depan sebuah pasar mini di Taman Bertuah, Kampung Tawas, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata M Regan, 17, ditembak sebanyak 3 kali ketika dia sedang minum bersama rakan-rakannya di depan pasar mini itu kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Menurutnya, kedua-dua lelaki itu berhenti dan seorang daripada mereka menghampiri Regan dan terus melepaskan tembakan menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedahsiasat.  Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat ke IPD Ipoh menerusi talian 05-245-1500.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10