LAIN kali dengar cakap emak. Kalau dengar cakap emak, mahkota terpelihara, hati pun tak lara.
Demikian nasib seorang gadis 13 tahun yang sering ingkar pada nasihat orang tuanya. Dia meninggalkan rumahnya di Jalan Bakri, untuk mencari keseronokan hidup.
Akhirnya dia dilarikan beberapa lelaki menaiki kereta dan disimpan di dalam sebuah rumah, dijadikan tawanan seks secara bergilir-gilir.
Tidak cukup diberi nafkah batin secara paksa, soal makannya pula tidak dipedulikan. Lebih menyedihkan dia pula dipaksa mengambil dadah sepanjang menjadi hamba seks kumpulan lelaki itu.
Selepas 10 hari, selepas lunyai dikerjakan, dia dibebaskan di sebuah masjid. Pulang dalam keadaan tidak terurus, mangsa menceritakan kejadian yang menimpa dirinya kepada keluarganya.
Satu laporan polis dibuat mengenai kejadian itu oleh keluarganya. Namun jika mangsa patuh pada nasihat dan cakap emak, sudah tentu hal begini tidak berlaku.
Mungkin Sharizat boleh membebel peristiwa begini yang dikatakan banyak menimpa remaja bawah umur, daripada membebel tentang perkahwinan yang sah seorang remaja 14 tahun dengan suaminya berusia 23 tahun minggu lalu.