PANGGILAN video kepada seorang model sambilan kelmarin, lain dari yang lain. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Norziela Haron, 23, menerima panggilan video yang hanya memaparkan gambar anu sedang berulang-alik!
Panggilan selama dua minit itu diterimanya ketika dia sedang menonton televisyen bersama rakan-rakannya.
"Sebaik saya menjawab panggilan berkenaan, saya melihat seorang lelaki menunjukkan kemaluannya sambil melakukan onani" kata Norziela.
Dia kemudian menunjukkan kepada rakan-rakannya mengenai video itu (tentu semuanya ketika itu terbahak-bahak) dan dinasihatkan merakam untuk dijadikan bahan bukti.
Namun usahanya untuk merakam gagal kerana kesuntukan masa. Berikutan kejadian itu, Norziela membuat laporan polis dan dirujukkan ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Sentul.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan mengesahkan laporan itu.