nuffnang ads

Wednesday, December 8, 2010

TERJERAT CINTA PAKISTAN: APA YANG KAU CARI? APA YANG KAU DAPAT?

NASIB seorang kakitangan sebuah syarikat petroleum bertukar malang apabila kasih yang digantungkannya pada janji mulut seorang lelaki Pakistan, menyebabkan bukan sahaja dia kecewa tetapi turut kehilangan wang dan harta.

Hanya kerana kenal menerusi internet, wanita itu terpedaya dengan cinta lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Malik, 24, itu termasuklah dijanjikan untuk membuka sebuah perniagaan yang bakal membawa keuntungan lumayan.

Sudahnya, selepas wang RM11,000 lebur, kereta yang diberi pinjam konon untuk perniagaan dijadikan kereta sewa oleh lelaki itu untuk kepentingan sendiri.

Kini lebih perit, lelaki itu telah berpindah dan hilanglah teman seranjang untuk wanita berkenaan melayan mimpi yang tak pernah ada sudahnya.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi kekecewaan didatangkan untuknya. Rupanya lelaki itu telah lama mempunyai teman wanita yang lain dan wanita itu pula telah mengandung.

Soalan terbaik untuk wanita ini ialah: Apa yang kau cari? Apa yang kau dapat?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10