nuffnang ads

Thursday, December 23, 2010

AWAS REMAJA WANITA: TAKTIK BARU LELAKI MENYIMPAN SEDAP!

CARANYA nampak selamba. Si lelaki akan berkawan dengan mana-mana remaja yang menjadi sasaran. Si lelaki akan menggunakan pelbagai cara untuk memikat termasuk menjual air liurnya berkilo-kilo sehingga si gadis lembut tengkuk dan akur.

Apabila si gadis berjaya dipikat, dia akan dijanjikan dengan pelbagai janji manis, termasuk bulan dan bintang. Pada masa sama, si gadis akan diperdaya untuk menyerahkan kehormatan sebagai tanda cinta dan membenarkan tubuh bogel dirakam sebagai tanda ingatan dan kasih sayang!

Bagaimanapun, taktik ini yang berlaku di Sarawak terbongkar apabila seorang remaja perempuan 16 tahun yang menjadi mangsa, membuat laporan polis.

Mangsa yang terpedaya dengan teman lelaki yang disangkanya jujur, merelakan tubuhnya diratah dan gambar bogelnya dirakam. Namun apabila dia mahu memutuskan perhubungan, gambar bogel menerusi MMS yang diambil temann lelaki akan dijadikan senjata untuk mengugut.

Teman lelaki mangsa mengugut akan menyebarkan gambar itu di internet jika mangsa memutuskan perhubungan. Namun mangsa membuat laporan polis.

Ketika membuat laporan polis, dia bertemu pula seorang remaja lain yang membuat laporan perkara yang sama - diugut teman lelaki untuk disebarkan gambar bogelnya jika mahu memutuskan perhubungan.

Di situlah pecah segalanya. Rupanya si lelaki durjana itu hanya mahu menikmati kesedapan yang pelbagai. Dia mahu semua mangsanya tunduk pada kehendaknya dan tidak lari daripadanya setiap kali mahu melampiaskan nafsu. Maka diugutnya setiap gadis yang berjaya dinoda dengan gambar bogel yang telah dirakam. Jika mangsa sentiasa patuh, sampai ke tualah mereka akan menjadi hamba seks lelaki yang haram jadah itu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10