nuffnang ads

Saturday, December 25, 2010

BENGKEL TERBAKAR: 12 KERETA MUSNAH, KERUGIAN LEBIH RM1 JUTA

SATU kebakaran bermula dari sebuah bengkel yang menjalankan kerja kimpalan di Puchong, Selangor tengah hari tadi, mengakibatkan 12 kereta musnah dan kerugian dianggarkan melebihi RM1 juta.

Kebakaran itu berlaku jam 1 tengah hari di Kawasan Perindustrian Puchong Utama, dipercayai bermula daripada kerja kimpalan. Ia kemudian merebak ke premis perniagaan bersebelahan dengan begitu cepat termasuk meranapkan sebuah kedai alat ganti kenderaan.

Seramai 17 anggota bersama 3 jentera Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan. Kepantasan pekerja berdekatan mengalihkan beberapa kenderaan, berjaya mengelak kerugian yang lebih besar.

Kebakaran berjaya dipadamkan sejam kemudian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10