nuffnang ads

Wednesday, December 15, 2010

MEMALUKAN DAN JIJIK: KAKITANGAN KERAJAAN TURUT AMBIL ELAUN BANTUAN 1AZAM DALAM PROGRAM e-KASIH!!!

TIADA perkataan lebih sesuai digunakan. Jika Najib berkata perkataan pengkhianat itu lebih sesuai untuk mereka yang memburukkan Felda, perkataan yang sama atau lebih teruk lagi wajar diberikan kepada kakitangan kerajaan yang menikmati elaun tunai 1Azam sejak sekian lama.

Sikap buruk dan keji kakitangan kerajaan itu dibongkar Adun Nabawan, Sabah, Datuk Bobbey Suan, semalam ketika beliau menyampaikan elaun bantuan wang tunai itu kepada 557 penduduk susah dan berpendapatan rendah di negeri itu.

Menurut Bobbey, beliau amat terkejut kerana sebahagian daripada 102 yang tidak layak turut datang menuntut elaun bantuan tunai itu.

Selepas mendapat penjelasan, barulah Bobbey tahu bahawa rupanya kakitangan kerajaan itu telah menikmati bantuan berkenaan selama 9 tahun tanpa disedari oleh kementerian yang jaga keluarga dan isteri, dimenterikan Sharizat Jalil.

Namun selepas isu itu dibangkitkan minggu lalu, semua nama yang tidak layak seramai 102 orang telah dipotong. Namun muka tidak tahu malu itu datang juga ke majlis penyampaian elaun berkenaan tanpa menyedari, nama mereka baru sahaja dipotong daripada senarai penerima bantuan kerana tidak layak!

Inilah sebahagian daripada kompetensi yang ada dalam pentadbiran kerajaan, sehingga kakitangan kerajaan yang ada telah bergaji ribuan ringgit masih mahu mentedarah hak orang miskin! Apakah perkataan yang sesuai untuk mereka ini kalau bukan.....

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10