Air mata Inman berwarna merah. Begitu juga air hidung, termasuk selesema. Pepatah menangis sampai air mata darah, mulai logik pada hari ini. |
Sehingga kini, keluarga remaj itu telah bertemu 15 pakar perubatan di Amerika Syarikat namun kesemuanya mengalah dan tunggang terbalik apabila berdepan dengan masalah dihadapi remaja itu.
Buat masa ini, Inman masih meneruskan beberapa ujian bagi menentukan sama ada dia mengidap barah, berdepan masalah koyakan saraf mata atau berkaitan genetik.
Menurut Inman, mereka yang tidak biasa berdepan atau melihat keadaan itu akan terkejut kerana air matanya berwarna merah!
Keadaan itu berlaku tidak mengira tempat atau masa. Jika ada air matanya keluar ia akan menyerupai darah, sama ada di sekolah, di rumah atau pun ketika malam.