nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

ENAM SESAT DI GUNUNG CABANG DITEMUI

ENAM pendaki yang sesat ketika mendaki Gunung Cabang di Simpang Pulai, Ipoh semalam, ditemui selamat tengah hari tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Keenam-enam ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari di puncak gunung itu selepas pasukan menyelamat berjaya mengesan isyarat telefon bimbit salah seorang daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias mengesahkan penemuan mereka. Bagaimanapun, katanya dua di antara pendaki itu cedera ringan manakala selebihnya keletihan akibat kelaparan.

Mereka ialah Jeanne seorang akauntan, Yaul Ken Men (tukang masak), Wu Xiang (arkitek) dan tiga lagi pelajar dikenali sebagai Michelle, Desmond Koh dan Teoh Yew Guon.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10