nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

MANTIN, N. SEMBILAN: SEKUMPULAN PENUNGGANG MOTOSIKAL PECAHKAN CERMIN DAN TERBALIKKAN KERETA TERBABIT NAHAS MAUT

SEKUMPULAN lelaki menaiki beberapa motosikal bertindak liar memecah cermin sebuah kereta sebelum menterbalikkan kereta itu selepas terbabit dalam satu kemalangan maut di Mantin, malam Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta dipandu pemuda berusia 21 tahun terbabas selepas membrek mengejut apabila kenderaan di depannya membelok secara tiba-tiba. Akibatnya kereta itu terlanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Penunggang motosikal berkenaan M KARUNAN, 18, mati selepas dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Pemandu kereta terbabit dikatakan membawa bersamanya beberapa ahli keluarga termasuk ibunya, ketika kejadian dan mereka dikatakan dalam perjalanan menuju ke Seremban.

Bagaimanapun, sebaik sahaja kemalangan itu berlaku sekumpulan lelaki menaiki beberapa motosikal bertindak liar memecah cermin dan menterbalikkan kereta itu, mungkin melepaskan geram.

Pemandu kereta berkenaan membuat laporan polis di Balai Mantin dan ada saksi dipetik akhbar The Star, memberitahu perbuatan liar merosakkan kereta itu berlaku walaupun ketika itu ada sebuah kereta peronda polis di tempat kejadian.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10