nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

MAK CIK BEDAH KAHWIN UMUR 13. DAPAT ANAK 13. 5 MASUK UNIVERSITI, YANG LAIN SEMUA JADI ORANG. TAK ADA MASALAH PUN!

"DULU lagilah teruk kata mak cik Bedah. Saya kahwin usia 13 tahun. Jantan mana yang orang tua pilih nak jadikan laki mak cik pun, mak cik tak pernah kenal dan tak pernah tahu.

 "Bila mak cakap saya kena kahwin, mak cik angguk ajer. Bila nikah, baru kenal, rupanya laki mak cik dah 25 umurnya masa tu. Kami kahwin sampai dapat 13 anak. Lima anak mak cik masuk universiti, yang lain walaupun tak masuk universiti semua paling rendah habis SPM ada kerja dan dah berumahtangga, beranak pinak.

"Dulu hidup lagilah susah. Tak macam sekarang. Masa nak membesarkan anak-anak mak cik dengan arwah suami tak kering peluh. Umur 14 mak cik dan teran anak pertama, lelaki. Memang sakit beranak ni, tapi bila dengar anak menangis, hilang semua sakit.

"Sekarang bila mak cik dengar ada menteri kata nak haramkan kahwin muda, mak cik rasa tak betul sangat. Soal jodoh, kuasa Allah. Kalau kahwin muda pun, tak semestinya dia orang tu akan merempat. Contoh paling dekat ada pada mak cik. Mak cik pun ada kawan-kawan yang kahwin umur sebaya masa tu di kampung.

"Cuma sekarang yang patut kita risaukan ialah masalah akhlak anak-anak yang remaja. Mereka terutama orang Melayu dah banyak rosak. Ini masalah yang perlu menteri beri perhatian. Ada yang baru 11 tahun dah berkali-kali buat hubungan dengan laki orang. Ini cerita kat kampung mak cik.

"Jadi kalu difikir-fikirkan, mak cik rasa tak salah kahwin muda asal ibu bapa pasti dan tahu latar belakang bakal suami dia orang. Ada seorang anak mak cik pun kahwin muda, masa umur 17 tahun, lepas SPM tapi sekarang dah lima anaknya. Dah besar, dah senang dia dah.

"Perkahwinan bagi mak cik adalah satu ujian dari Tuhan untuk melihat kita boleh bertanggungjawab atau tidak" demikian antara perbualan dengan mak cik Bedah yang saya olah semula. Oleh kerana anak-anak melarang gambar ibu mereka diambil, saya menghormati pandangan mereka. Namun banyak yang mak cik Bedah luahkan amat berguna untuk dijadikan renungan bukan untuk ibu bapa sahaja, tapi untuk menteri yang jaga kebajikan rakyat.

Jangan terkejut kalau dikatakan salah seorang anaknya bergaji RM19,000 sebulan sekarang sebagai ketua di sebuah jabatan syarikat korporat!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10