nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

KETUANAN MELAYU: SEKADAR RENUNGAN

POLEMIK ketuanan Melayu kebelakangan ini selalu sangat dibaca secara menonggeng atau terbalik, khususnya oleh orang politik, pencacai politik dan juak-juak yang ada kepentingan politik.

Akhir-akhir ini timbul pula bacaan baru konon ketuanan Melayu tidak mengabaikan orang bukan Melayu. Buktinya orang bukan Melayu masih bebas kaya raya menguasai ekonomi.

Ini yang silapnya. Kita jangan membaca polemik isu ketuanan Melayu ini dalam konteks ia membenarkan bukan Melayu menjadi kaya raya di segi ekonomi di negara ini. Sepatutnya pencacai politik harus membaca hujah mereka dari sisi yang betul. Mereka patut membaca isu ketuanan Melayu ini dengan mukadimah begini: "Apakah kelebihan istilah ketuanan Melayu itu dalam konteks membantu Melayu menguasai ekonomi selepas 53 tahun pelbagai usaha dilakukan, termasuk melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Apakah ketuanan Melayu telah memberi impak besar dan jasa yang amat agung untuk meletakkan tempat duduk ekonomi orang Melayu pada tahap yang bermartabat dan sewajarnya selepas 53 tahun itu? Sudah berjayakah Melayu mendapat 30 peratus ekuiti ekonominya selepas bertuankan Ketuanan Melayu? Minda seharusnya membaca istilah ketuanan Melayu bermula daripada premis begini!"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10