AMAT mengejutkan. Hasil pemantauan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) ke atas penggunaan internet mendapati institutsi kehakiman syariah MENCATATKAN antara rekod tertinggi dalam melayari laman sesawang lucah.
Berdasarkan satu memo yang ditandatangani pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) baru-baru ini, beberapa agensi berkaitan institusi terbabit didapati kerap melayari blog berunsur lucah dan berbaur hasutan.
"Perkara ini amat mendukacitakan. Larangan melayari web dan blog berunsur lucah serta berbaur hasutan sudah dinyatakan dalam pekeliling kemajuan pentadbiran awam bilangan 1 tahun 2003 garis panduan mengenai tatacara penggunaan internet dan mel elektronik di agensi kerajaan" katanya.
Memo itu turut mengingatkan semua anggota agensi berkaitan dengan institusi terbabit supaya tidak melakukan aktiviti itu.
Antara petikan memo itu: "Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang didapati melayari atau cubaan untuk melayari web dan blog terbabit."
Mengulas perkara itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain, berkata sungguh mengaib dan memalukan apabila institusi kehakiman syariah terpalit perkara seumpama itu.
"Sepatutnya pihak yang menguatkuasakan undang-undang menghindari perkara seperti itu dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
"Apabila pihak yang melaksanakan undang-undang tepalit sama, ia akan melunturkan kepercayaan masyarakat kepada isntitusi mahkamah," katanya. -HM