nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

MALAYSIA LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA SUZUKI AFF. KALAHKAN LAOS 5-1

MALAYSIA layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila mengalahkan Laos 5-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Surabaya sebentar tadi - terima kasih juga kepada Indonesia yang berjaya menumbangkan Thailand dengan 2-1 dalam satu lagi perlawanan amat penting yang berlangsung di Jakarta.

Malaysia mendahului Laos pada awal minit permainan apabila Amri Yahyah berjaya memperdayakan penjaga gol Laos namun keadaan berubah hanya beberapa minit selepas itu apabila Laos berjaya menyamakan kedudukan.

Kedudukan pada separuh masa pertama, Malaysia dan Laos terikat 1-1. Pada separuh masa kedua, hujan mengiringi perlawanan di antara kedua-dua pasukan namun Malaysia berjaya mencuri peluang untuk menambah empat  gol lagi, termasuk gol terakhir, gol sendiri yang dijaringkan pertahanan Laos.

Di Jakarta pula, Thailand mendahului Indonesia 1-0 sehinggalah 12 minit terakhir apabila Bambang Pamungkas berjaya menjaringkan penalti untuk mengikat kedudukan 1-1.

Bambang sekali lagi pada minit terakhir menyumbat gol kedua Indonesia, juga menerusi sepakan penalti mengubah kedudukan menjadi 2-1.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10