KETUA jurulatih Thailand, Bryan Robson dilaporkan sedang memaki hamun pengadil membabitkan perlawanan penting Thailand dan Indoensia di Jakarta kerana gagal menerima hakikat pasukannya kecundang dan sekaligus menutup peluang ke separuh akhir.
Kini anak tekak Robson dikatakan terjelir-jelir dalam pertelingkahan itu kerana mendakwa pengadil bertindak berat sebelah termasuk mempertikaikan keputusan pengadil itu memberikan kad merah kepada salah seorang pemain Thailand.
Bagaimanapun, polis dilaporkan berjaya mengawal suasana hangat itu selain ejekan dan boo yang menggemakan Stadium Bung Karno, mengejek tindakan Robson berkonfrontasi dengan pengadil perlawanan.