nuffnang ads

Sunday, December 12, 2010

KONTROVERSI SEEKERS: PENERBIT PROGRAM SEEKERS TV7 MINTA SYED ABDULLAH (UNCLE SEEKERS) HENTIKAN KONTROVERSI!

PENERBIT program paranormal Seekers di TV7, Zafran Abdul Aziz, meminta Syed Abdullah yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers, menghentikan kontroversi mengenai dirinya di dalam blog beliau kerana menyifatkan tindakan itu lebih banyak mengundang kesan negatif kepada program berkenaan.

"Kami harap Uncle segera menghentikan kisahnya di blog miliknya jika ingin terus menggunakan nama Seekers, apa yang kami lihat kisahnya memberi kesan tidak baik kepada pasukan kami.

"Sebelum ini kami pernah menghalangnya menggunakan nama Seekers tetapi atas sebab tertentu, kami terpaksa membiarkannya sahaja. Untuk pengetahuan semua, Uncle hanya bersama Seekers sehingga musim kedua, sedangkan program ini memasuki musim ketujuh.

"Apa yang berlaku, segelintir penonton masih keliru akan status Uncle dan menyangka dia masih bersama kami, sedangkan sudah lama dia tidak terbabit dalam program ini. Namun sehingga kini nama Seekers terus menjadi nama panggilannya," kata Zafran ketika singgah di Balai Berita Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Sementara itu, Syed Abdullah menjawab teguran Zafran itu dengan berkata bukan niatnya untuk mencari publisiti, sebaliknya apa yang dilakukan skeadar luahan perasaan yang terbuku di hati. Ditambah pula luahan yang dibuat di laman blog kepunyaannya sendiri.

"Blog ini kepunyaan saya dan tidak salah saya meletakkan gambar saya dengan sesiapa pun, termasuk gambar bersama Jee. Terpulang kepada pembaca untuk menilai, mungkin disebabkan saya orang dikenali, orang mudah membuat andaian dan terpulang kepada penilaian masing-masing," katanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10