Anngota bomba sedang mengeluarkan sarjan polis yang cedera -SUD |
SEORANG terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah Pajero yang dipandu anak Ketua Polis Daerah Sibu (OCPD) dengan ViVa yang dipandu seorang anggota polis berpangkat Sarjan di Jalan Serikin, jam 12.30 tengah hari tadi.
Mangsa yang terbunuh dikenali Jelita binti Lorin, 32,. Dia adalah rakan wanita yang bersama Sarjan polis di dalam kereta ViVa, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah. Sementara sarjan polis berkenaan patah kaki dan tangan.
Sebaik sahaja kemalangan itu dimaklumkan kepada isteri Sarjan polis yang terbabit dalam nahas itu, satu babak lain pula berlaku.
Isteri Sarjan berkenaan datang dan terus memaki hamun suaminya yang terlantar cedera kerana mendakwa suaminya itu berlaku curang selama ini. Bagaimanpun, seorang pegawai perubatan yang sedang merawat mangsa nahas, segera mengarahkan isteri Sarjan itu beredar.
Anak OCPD Sibu yang berusia 20-an bagaimanapun cedera ringan dan dia dikatakan bersama lima yang lain dalam kemalangan itu.