nuffnang ads

Thursday, December 9, 2010

KUALA TERENGGANU: WANITA DIPERKOSA TEMAN LELAKI EMPAT HARI DIKENALI

SEORANG jurujual wanita mendapat pengalaman berharga apabila dirogol oleh seorang lelaki yang baru empat hari dikenalinya selepas bersetuju mengikut lelaki itu untuk bersiar-siar.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dibawa ke pantai Jambu Bongkok, di Kuala Terengganu selepas bertemu pada 1 Dissember lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Superintendan Mohd Zaini Che Din mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan dilaporkan di Balai Polis Merchang, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 21 tahun bersetuju menemui suspek yang menjemputnya menaiki kereta sebelum dibawa ke sebuah rumah di Jambu Bongkok, kononnya untuk menukar pakaian.

Sebaik tiba di lokasi berkenaan, suspek dalam usia 20-an menukar seluarnya dan mereka pergi ke pantai berkenaan.

Mangsa kemudian tiba-tiba dicabul apabil dicium dan diraba sebelum dipaksa membuka seluar di dalam kereta. Mangsa cuba membantah tapi dia terus dipaksa dan akhirnya membuka seluarnya tanpa rela sebelum dirogol.

Mangsa kemudian dihantar ke lokasi pertemuan mereka, sebelum suspek melarikan diri dan mangsa yang kebingungan kerana baru pertama kali dirogol pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10