nuffnang ads

Thursday, December 9, 2010

HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DITAHAN KERANA KHALWAT

SEORANG hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana berkhalwat dengan seorang wanita di Georgetown, pagi Ahad lalu.

Hakim berusia 40-an itu dipercayai mengambil kesempatan di atas ketiadaan isteri dan anak-anak yang pergi ke ibu kota, untuk bersekedudukan dengan pasangannya.

Bagaimanapun, orang rami yang peka telah memaklumkan perbuatan buruk itu kepada penguatkuasa agama.

Dia yang baru berkhidmat lebih setahun di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara, bagaimanapun difahamkan menggunaan unsur ugutan terhadap pegawai penyiasat yang menyiasat kes berkenaan. Sebelum ini dia bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di Putrajaya.

Satu laporan polis telah dibuat oleh penyiasat berhubung ugutan yang dibuat oleh hakim berkenaan. Dia dijangka didakwa beberapa hari lagi. -HM

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10