nuffnang ads

Thursday, December 9, 2010

MERSING: LAGI SEORANG GADIS JADI MANGSA AIR LIUR PEMUDA LOMBOK

TIDAK SERIK-SERIK! Seorang remaja 16 tahun tidak pernah mahu belajar daripada pengalaman wanita lain yang merana dan merempat selepas berkahwin dengan pemuda Lombok. Dia masih diawang-awang dan terbuai oleh janji bulan bintang konon perkahwinannya nanti dengan pemuda Lombok akan berakhir dengan kebahagiaan!

Akibatnya remaja itu, Nur Farah Hanum Abdul Aziz, buta hati lalu keluar meninggalkan rumah keluarganya di Kilometer 2, Jalan Endau-Mersing pada 24 November lalu.

Ibu remaja itu, Fatimah Rashid, 55, berkata anak bongsu lapan beradik itu meninggalkan rumah mereka sekitar jam 12.45 tengah hari dipercayai mengikut buah hatinya, seorang lelaki berasal dari Lombok yang bernama Adam, 27.

Berikutan bimbang keselamatan anaknya itu, Fatimah membuat laporan polis di Balai Polis Endau, keesokannya.

Menurut Fatimah lagi, dua hari selepas meninggalkan rumah, anaknya itu ada menghantar SMS memohon maaf dan memberitahu akan pulang pada satu hari nanti kerana katanya mahu berkahwin terlebih dulu.

Sehubungan itu, Fatimah merayu kepada sesiapa yang mengetahui sebarang maklumat mengenai anaknya itu menghubungi balai polis terdekat.

Katanya Nur Farah, berkulit hitam manis, berambut panjang sehingga ke paras siku dan mempunyai tahi lalat di bawah bibir kiri.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10