nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

IPOH: PELAJAR SELESAI DUDUKI SPM, MAUT NAHAS MOTOSIKAL

SEORANG pelajar yang baru selesai menduduki kertas peperiksaan SPM, maut dalam satu kemalangan jalan raya di KM28.6, Jalan Ipoh-Kuala Kangsat. dekat Sungai Siput, petang semalam.

Mohd Azam Ahmad Loothpi, 17, terbunuh apabila motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah kereta yang sedang membelok, sebelum terjatuh dan dirempuh pula sebuah kereta lain.

Mangsa yang cedera parah di bahagian badan dan kepalanya, mati di tempat kejadian. Ketua Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Wan Ishak, berkata kejadian itu berlaku jam 4.30 petang ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menduduki kertas SPM.

Mayat mangsa, pelajar Sekolah Menengah Toh Muda Abdul Aziz dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk dibedah siasat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10