nuffnang ads

Thursday, December 2, 2010

SUKAN: MARKIS KIDO DAN HENDRA SETIAWAN DAPAT EMAS 1 KG SEORANG BONUS MENANG PINGAT EMAS SUKAN ASIA

PEMAIN beregu badminton Indonesia, Markis Kido dan Hendra Setiawan mendapat bonus khas daripada kelab mereka KB Jaya Raya dalam bentuk emas, satu kilogram setiap seorang kerana berjaya mendapat pingat emas di Sukan Asia, baru-baru ini.

Selain mendapat pengiktirafan kelab mereka, kerajaan Indonesia juga menjanjikan Rp400 juta kerana berjaya memenangi pingat emas.

Dalam perlawanan akhir beregu badminton lelaki di Sukan Asia lalu, Markis Kido/Hendra Setiawan mengalahkan pasangan beregu hadalan negara, Khoo Kien Kiat/Tan Boon Heong dalam perlawanan yang berlangsung sebanyak tiga set.

Ditanya tentang bonus berkenaan, Markis Kido berkata, dia akan menjadikan pemberian emas itu sebagai sebahagian daripada modal untuk dia bernikah.

Tanpa bersembunyi Markis berkata, mengikut rancangan dia ingin menamatkan zaman bujangnya pada Julai tahun depan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10