KEUPAYAAN pasukan bola sepak negara memasuki peringkat separuh akhir pertandingan bola sepak piala SUZUKI AFF di Jakarta bukan kerana kuat, tetapi kerana tuah menyebelahi pasukan negara.
Terima kasih wajar diberikan, bukan sekali tetapi beribu kali kepada Bambang Pamungkas yang menjaring dua gol menerusi speakan penalti untuk memastikan Indonesia menewaskan Thailand 2-1.
Apa pun, pasukan negara masih berpeluang untuk menunjukkan kekuatan jika ada, dalam perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung 15 Disember depan.
Dengan ketiadaan pilihan, pasukan negara hanya ada satu tanggungjawab - tumpaskan pasukan yang bakal ditentang dan tentu pujian akan datang semula. Selamat bertarung!