nuffnang ads

Friday, December 17, 2010

KISAH BENAR: KESENGSARAAN ITU HIBURAN DALAM HIDUP SASTERAWAN!

Torehan Gerson Poyk, wartawan/sasterawan yang sengsara...bersama motosikal yang pernah berjasa ketika dia bertugas sebagai wartawan. Kini untuk pembedahan katarak matanya, dia terpaksa menjual skrip cerpen. Dia telah banyak memberi, tapi kurang menerima. Namun katanya: "Ingat! Kesengsaraan itu sesuatu yang menghiburkan dalam jiwa sasterawan"
LELAKI tua itu bukan sebarangan insan. Pada tahun 1989 dia dianugerahkan SEA Award oleh kerajaan Thailand. Kemudian pada tahun 1985 dianugerahkan hadiah kesusasteraan antara tertinggi di Indonesia iaitu Anugerah Adinegoro. Hadiah sama juga diterimanya lagi pada tahun berikutnya. Kemudian dia dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat oleh Harian Kompas.

Tidak cukup, dia kemudian dianugerahkan Anugerah Kesusasteraan Majalah Horison dan pelbagai hadiah lain yang menyusul selepas itu. Dia telah menerbitkan 30 novel dan belasan ribu cerpen yang terbit dalam pelbagai media di negara itu.

Dia dinobatkan antara sasterawan yang berjaya di Indonesia. Namun kini dia mengidap katarak pada matanya dan tiada sesen pun duit yang ada dalam sakunya.

Dia hidup dalam kemiskinan walaupun pernah satu ketika menerima sedikit kemewahan atas pelbagai anugerah yang diterimanya. Namun sikap untuk memberi lebih daripada menerima mengakibatkan Torehan Gerson Poyk, 79, menyebabkan dia tidak punya apa-apa dalam hidupnya kecuali, berkebun dan menulis sedikit-sedikit untuk menampung hidup. Ketika dia mepunyai duit, banyak yang datang menyembahkan pelbagai aneka kesusahan minta ditolong dan dia melakukannya dengan ikhlas.

Untuk pembedahan katarak di matanya, Torehan tidak menerima apa-apa daripada mana-mana pihak dan kini dengan hanya lima cerpen yang dihantarnya ke penerbitan pelbagai di negara itu, dia berazam untuk mengumpul wang bagi membiayai kos pembedahannya.

Menerusi novelnya dia masukkan segala kemiskinan, kemelaratan dan kesengsaraan anak bangsanya. Dia menangis dalam novelnya, mengongsi duka anak watannya. Dalam novelnya, dakwat yang mencatatkan baris-baris ayat yang meruntun jiwa pembaca adalah dari air matanya. Namun kini dia derita. Dia telah terlalu banyak membantu orang susah dengan wang yang dia ada sebelum ini.

Namun Torehan masih bahagia. Pernah menjadi wartawan ketika mudanya, dia kini hanya berbasikal tua untuk ke kebunnya. Motosikal tua yang pernah berjasa ketika dia menjadi wartawan tersandar lesu, melunjurkan lelah selepas sekian lama berkhidmat untuk tuan yang tak pernah mengenal erti penat!

Kata Toreh: "Ingat! Kesengsaraan adalah sesuatu yang menghiburkan dalam jiwa sasterawan!"

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10