TERTUDUH dalam kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 15 tahun, mengaku salah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan itu tetapi sempat memberitahu mahkamah mangsa adalah seorang remaja liar.
Mohd Zuraimi Zainal, 24, berkata: "Saya mengaku salah melakukannya tetapi dia seorang remaja yang liar".
Bagaimanapun, Hakim, Hasbi Hassan kemudian menempelak tertuduh dengan berkata, walaupun remaja itu sendiri sudi melakukan hubungan seks, ia tetap satu perbuatan rogol oleh tertuduh.
"Walaupun dia seorang pelacur, ia tetap satu kesalahan membuat hubungan seks dengan gadis bawah umur adalah kesalahan rogol," katanya.
Mohd Zuraimi didakwa melakukan kesalahan merogol gadis 15 tahun itu di sebuah rumah di Felda Soeharto, pada Ogos lalu.