nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

KES SIMBAH ASID: UMNO TERENGGANU AKHIRNYA MENDAHULUI YANG LAIN BELAJAR UNTUK FAHAM PENDERITAAN RAKYAT


SELEPAS UMNO 'dihina' kerana terleka dalam kes mangsa simbahan asid, Azri Abdullah, sehingga lelaki itu terpaksa mendapatkan bantuan MCA seperti dipaparkan dalam satu segmen di TV3, tiga minggu lalu, nampaknya bangkit satu kesedaran baru yang harus dipuji.

Dalam kes terbaru membabitkan tiga sekeluarga mangsa simbahan asid oleh ayah dan suami sendiri,  kerajaan Terengganu mengumumkan kerajaan negeri akan membiayai kos pembedahan dan rawatan ketiga-tiga mangsa sebagai memikul tanggungjawab membela rakyatnya.

Mangsa, Nurul Dahyatul Mat Haizan, 8 dan adiknya Muhhamad Irfan Firdaus, 2, disimbah asid olehh ayah sendiri. Turut menjadi mangsa ialah Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, ibu mereka.

Rawatan itu tidak mengambilkira sama ada akan dibuat di dalam atau di luar negara, bergantung kepada saranan pakar perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahariah.

Pengumuman kerajaan Terengganu untuk menanggung kos perubatan sekeluarga mangsa simbahan asid itu turut disertai dengan bantuan bulan RM400 sebulan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Alangkah indah kehidupan ini bagi mereka. Syukur kerajaan Terengganu faham dan reti penderitaan rakyat yang sentiasa memerlukan bantuan.

Belajarlah dari kes Azri Abdullah. Jika mangsa segala bagai bencana di luar negara mampu kita hulurkan bantuan, kenapa  anak di dalam pelukan kita tidak boleh mendapat pembelaan? Tahniah Terengganu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10