nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

KALAULAH AKU -PUISI HIJRAH 1432

Kalaulah aku baik dengan Perdana Menteri
tentu aku diberi kerusi
menteri besar
aku pun menerimanya dengan syukur
kerana di bawah kerusi itu
ada sebuah mahligai
dan cop segala tandatanganku
lambang kuasa
dan sebuah kesaktian

Kalaulah aku baik dengan Perdana Menteri
aku bisa duduk semeja
dan aku akan terus buat
Perdana Menteriku tertawa
dengan segala lawak dari jerih dan letih
rakyat yang kukurung dalam penjara
aku akan pasti membuat Perdana Menteriku leka
dan tanpa sedarnya
memberikan aku lebih banyak kerusi
dan kuasa

Kalaulah aku telah berkuasa
akan kuajak Perdana Menteri yang
telah kenyang percaya
duduk lagi semeja
lalu kuberikan pula gula-gula
biar Perdana Menteriku lupa
dan senyumnya pun kembang membunga

Kalaulah aku telah berjaya
membuat Perdana Menteriku leka
akan kunyanyikannya
dengan cerita bahagia rakyat sengsara
moga-moga akan dapatlah nanti aku
sebuah kerusi
tempat duduknya itu!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10