nuffnang ads

Tuesday, December 7, 2010

TIDAK BERBUDIKAH KITA LAGI?

Kapten dan tiga anak kapal Indonesia yang tenggelam di perairan berdekatan Batu Pahat ini  diselamatkan kapal MISC milik Malaysia sebelum diserahkan kepada APMM dan kini dalam proses dihantar pulang. Tidak berbudi lagikah kita?

SEBUAH kapal dagang milik Singapura tenggelam di perairan Batu Pahat semalam. Akibatnya kapten kapal itu bersama tiga anak kapalnya kesemuanya warga  Indonesia terpaksa hanyut dan terapung lebih 9 jam.

Menurut kapten kapal terbabit, Musriyadi Ngadimin, dia dan anak-anak kapal terlibat hampir berputus asa kerana kebanyakan kapal lain yang lalu lalang seperti tidak melihat mereka ketika melambai memohon pertolongan.

Namun selepas 9 jam, mereka akhirnya diselamatkan oleh kapal MISC milik Malaysia dan diberi makanan, rawatan serta perlindungan secukupnya.

Mereka diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum diserahkan kepada agensi perkapalan untuk dihantar pulang ke negara asal.

Dalam hal ini masih tidak berbudikah kita sehingga segala caci nista sering sahaja terhambur dari mulut rakyat negara jiran itu menghina negara ini?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10