nuffnang ads

Friday, December 17, 2010

GRIK: PEMANDU TRELER MAUT, KELINDAN PARAH. KENDERAAN BAWA BAJA TERBALIK

PEMANDU sebuah treler maut, manakala kelindannya cedera parah apabila kenderaan dipandunya terbalik dalam satu kemalangan jalan raya di KM30.1 Lebuhraya Timur Barat di Gerik, jam 10.30 pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Shaharudin Mustafa, 36, dari Kampung Beranang, Jalan Kuala Krai, Kelantan manakala kelindannya, Zuraini Azman dari Kampung Cenuk, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, berkata treler terbabit dalam perjalanan membawa muatan baja dari Gerik ke Jeli, terbabas dan termasuk ke dalam longkang lalu terbalik di tepi lebuhraya itu selepas gagal dikawal.

Zuraini yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Taiping.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10