SATU kebakaran besar mengakibatkan 70 RUMAH, menimpa perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi malam tadi, menyebabkan 400 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Kebakaran berlaku jam 11.45 malam itu menyebabkan sebahagian kampung itu bagai padang jarak padang terkukur, namun syukur sehingga kini tiada kecederaan dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hassan, berkata polis kini sedang menyiasat punca kebakaran tetapi siasatan awal menunjukkan ia berpunca daripada litar pintas.
Sebanyak 3 jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian. Adun Air Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian memberitahu terdapat lebih kurang 1,000 rumah berada di perkampungan nelayan itu.