PECAH lubang dari seberang! Separuh masa pertama telah dirancang oleh pemain Indonesia bukan sahaja menjaring gol sebanyak mungkin, tetapi mesti melembikkan penjaga gol negara, sebagai salah satu cara untuk memastikan gawang gol Malaysia bocor dan bolos.
Cuma cara bagaimana melaksanakan 'melembikkan' penjaga gol negara itu sahaja yang tidak diketahui. Misi ini mula tersebar semalam sebaik pasukan negara tiba di Jakarta.
Apakah maksud melembikkan penjaga gol itu? Adakah ia dengan cara menguji secara bertalu-talu sama ada secara menyepak bola terus ke penjaga gol bagi menekan Fahmi atau ia ada kaitan dengan kaedah permainan robust atau kasar yang akan dilakukan pemain negara seberang?
Kita lihat buktinya malam esok jika khabar ini benar!