nuffnang ads

Tuesday, December 28, 2010

MINYAK MASAK HABIS DI PASARAN: TAHNIAH TRANFORMASI DAN DASAR EKONOMI BARISAN NASIONAL!

MINYAK masak dilaporkan semakin kurang di pasaran. Ini satu isyarat harga barang keperluan itu MAHU DINAIKKAN HARGANYA. Tahniah untuk pemimpin yang cerdik menguruskan ekonomi negara!

Presiden Persatuan Saudagar Barangan Runcit, Lean Hing Chuan, mengakui masalah yang sedang berlaku dan dia sendiri menganggapnya sebagai sesuatu yang SERIUS.

"Minyak masak dalam peket 1 kg telah pun habis di pasaran. Minyak masak dalam botol 3 kg dan 5 kg pula semakin susut di rak kedai" katanya.

Malah beliau menjangkakan bekalan bagi minyak masak dalam botol 3 kg dan 5 kg itu bakal kehabisan dalam tempoh dua minggu lagi kecuali kilang dan pengeluar meningkatkan pengeluaran mereka.

Sehubungan itu beliau mendesak Timbalan Menteri berkaitan, Tan Lian Hoe, segera turun padang melihat masalah bekalan minyak masak yang sedang serius melanda negara ini. Malah Lean menasihatkan timbalan menteri itu tidak hanya melakukan tinjauan rambang.

"Kementerian mesti bertindak segera mengarahkan kilang meningkatkan pengeluaran minyak masak dan timbalan menteri pula diminta turun melihat masalah masalah yang sedang berlaku dan bakal menyusahkan rakyat," katanya.

Masalah yang berlaku ini turut diakui oleh pemilik kedai roti di Seremban, yang hanya mahu dikenali sebagai Yong. Dia mendakwa kini pihaknya amat sukar untuk mendapatkan bekalan minyak masak dalam botol 5 kg.

Demikianlah di sebuah negara yang subur di mana kelapa sawit dan kelapa boleh ditanam tanpa sebarang masalah, minyak masak boleh berkurangan. Salah siapa? Salah rakyatkah? Atau kalau bukan salah pemimpin dan kerajaan, salah Tuhankah?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10