nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

ISTERI ARWAH SHAMRIN FOTOGRAF LAHIRKAN ANAK LELAKI

Jazriatul Akma selamat melahirkan bayi lelaki 1 Disember lalu di Hospital Serdang
ISTERI arwah Shamrin Fotograf yang meninggal dunia 11 November lalu selepas rebah ketika bermain bola sepak di Padang Kelab Sultan Sulaiman, selamat melahirkan bayi lelaki 1 Disember lalu.

Jaariatul Akma Abu Saman, 29, melahirkan bayinya itu di Hospital Serdang Selangor. Anaknya itu kini dinamakan Muhamad Akmal Shamrin sebagai menunaikan janji Jazriatul untuk menggunakan nama arwah suaminya ketika hadir di pengkebumian Shamrin pada 12 November lalu.

Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, rebah ketika bermain bola sepak bersama kawan-kawannya.

Dia dikatakan diserang penyakit jantung ketika bermain. Pemergian arwah amat mengejutkan pelbagai pihak terutama sahabat karib Shamrin sebelum itu sentiasa kelihatan sihat dan bertenaga.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10