nuffnang ads

Saturday, December 4, 2010

RAWANG: 3 DITAHAN SELEPAS MENGAMBIL WANG TEBUSAN KELUARGA MANGSA CULIK

POLIS menahan 3 orang termasuk seorang wanita kerana disyaki terbabit dalam satu kes culik dalam satu serbuan awal pagi ini di Rawang.

Mereka ditahan selepas mengambil wang tebusan sebanyak RM30,000 daripada keluarga seorang pelajar perempuan sebuah kolej sawsta yang diculik Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata pelajar terbabit diculik jam 5.45 pagi Khamis lalu ketika sedang menunggu kawannya untuk ke kolej. Beberapa jam selepas itu, penculik menghubungi keluarga mangsa meminta RM30,000 bagi pembebasannya.

Wang berkenaan telah dibayar dan diletakkan di satu kawasan di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Selepas wang berkenaan diambil dan mangsa culik dibebaskan, polis mengekori ketiga-tiga suspek. Seorang daripada suspek menunggang motosikal manakala dua yang lain termasuk wanita menaiki Toyota Avanza.

Suspek menunggang motosikal diberkas di persimpangan lampu isyarat di Rawang jam 3 pagi tadi manakala dua yang lain di dalam kereta di dalam 500 meter dari situ.

Ketiga-tiga suspek berusia 20-an, seorang daripadanya bekerja kilang, seorang lagi di pejabat guaman manakala seorang lain tidak bekerja.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10